Ad Code

Responsive Advertisement

Komunikasi

Koleksi Soalan Perdagangan Rosmah
SOALAN PERDAGANGAN SPM 2006

Bahagian B
( 25 markah )
Bahagian ini wajib dijawab.
6  Encik Ghani ialah pemilik Syarikat Auto Engineering yang beroperasi di Kuala Lumpur. Syarikat ini membekalkan alat ganti kereta kepada individu, pengusaha bengkel kereta dan kedai-kedai alat ganti kereta seluruh Malaysia. Encik Ghani menerima pesanan daripada pelanggannya melalui telefon sahaja. Keadaan ini menimbulkan masalah kepadanya sehingga menjejaskan perjalanan perniagaan.
Syarikat Auto Engineering menerima banyak pesanan alat ganti daripada pelanggan di luar Kuala Lumpur. Kedai-kedai alat ganti membuat pesanan dalam kuantiti yang besar. Pengusaha dan individu membuat tempahan dalam kuantiti yang kecil. Pesanan dalam kuantiti yang besar dihantar menggunakan pengangkutan syarikat. Pesanan dalam kuantiti yang kecil dihantar menggunakan perkhidmatan kurier.
Sebelum ini, bekalan alat ganti kereta Syarikat Auto Engineering diperolehi dari negara Jerman. Baru-baru ini, Encik Ghani mendapati harga lat ganti dari Negara China lebih murah. Beliau bercadang untuk membeli alat ganti dari Negara China melalui ejen import di Malaysia. Manakala rakannya pula mencadangkan supaya beliau membeli alat ganti secara langsung dari Negara Singapura. Beliau membuat keputusan untuk membeli alat ganti dari Negara China.
Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
(a) (i) Jelaskan masalah yang dihadapi oleh syarikat tersebut semasa 
      menerima pesanan. ( 3 markah)

(ii)  Syorkan dua jenis perkhidmatan telekomunikasi yang sesuai digunakan 
     oleh Encik Ghani untuk melicinkan urusan perniagaannya.    ( 2 markah)

(iii)  Berikan tiga alasan bagi kedua-dua jenis perkhidmatan telekomunikasi 
      yang disyorkan.   ( 6 markah)

  (b)  Jelaskan sebab perkhidmatan kurier digunakan dalam situasi ini.

      ( 7 markah )

Post a Comment

0 Comments