Ad Code

Responsive Advertisement

1st Family 3R Camping Southern Sea Fort Campsite


1st Family 3R Camping

20 hingga 22 Januari 2023
Pemilihan tarikh berdasarkan tarikh Cuti Tahun Baru Cina.
Sekitar rumah saya, ada 3 family melayu sahaja. So, setiap malam tahun baru cina memang kami akan keluar ke mana-mana. Asap membuatkan Pia asthma.
Berlainan tahun 2023, ajakan sahabat pengakap telah dipersetujui oleh suami. alhamdulillah. setelah sekian lama mengumpul camping gear, akhirnya...syukur. Kami waktu muda kerap camping dan ada 3 kali panjat gunung. Kali terakhir camping 4 hari 3 malam masa mendaki Gunung Tahan tahun 2001 sebelum dilamar. Tatkala itu, suami masih sahabat berpengakap.
Plan awal antara Ruzaidah dengan Kak Maslinda serta Aishah. Then Rosmah join. Aishah last minit ada masalah teknikal. terima kasih ustaz azman kerana sudi terima tempahan kami.
Review Southern Sea Fort Campsite.
Southern Sea Fort, singkatannya SSF terletak di Sedili, Kota Tinggi. SSF, Logok Campsite dan Tiger Base Camp (TBC) berkongsi pantai dan laut yang sama. Hari kedua kami beramai-ramai buat lawatan bermula dari SSF, Logok dan TBC.
Naturehike Village 13
memang mudah. sorang pun boleh naikkan. cuma waktu datang kelmarin, angin kencang sedang bertiup...tak boleh tunggu kerana langit dah mula kelabu, anytime hujan turun. Makanya...perlukan juga bantuan untuk menaikkan.
Ribut
Dua malam berturut-turut angin ribut kencang. peg special yang dibeli mirip seruling berwarna kuning tu memang tahan terjahan. cuma...masa malam pertama dekat jam 3 pagi...kencang angin dah macam ribut. suami cari kayu lebih kurang panjang kaki meja sekolah, di pacak masuk separuh kayunya dan keduudkan condong 45 darjah. Satu peg yg tercabut tu aje yg diganti dengan batang kayu. Pengajaran dari pengalaman...jika camp di pantai...tak pasti ribut atau tak...peg saiz 40 perlu ada dan tamabahan kayu pancang yg panjang.
Fly sheet. Kami bawa fly sheet tapi tak pasang. sebab meja makan kami centralize. so...pemasangannya nanti macam tak berkawan pula dgn kak mas dan Zai. makan sambil sembang...dah macam urusetia jambori ada...macam dapur jamboree pun ada. Dah semuanya orang pengakap.
Kemudahan
Tandas ada 8 dan baharu. sinki pun ada 4. pada hari kedua pukul 12 tengahari..4 sinki di plot 2 dan 4 shower mula beroperasi dengan jayanya. "Cikgu, sinki dan shower di plot 2 in shaa Allah tengahari ni dah boleh beroperasi. maaf ya cikgu" ujar Tuan Nik tatkala kami membawa pinggan mangkuk usai sarapan ke sinki di plot 1.
Pantai...laut sangat-sangat bergelora. boleh main-main pasir aje. Tuan Nik pengurus SSF camp sangat rajin dan all rounder. mana-mana budak yang main tanpa ibu bapa...ditiupnya wisel then suruh naik. Tuan Nik ada di mana-mana. "Saya risau dengan kebajikan customer"..itu yg keluar dari mulutnya. memang terbaiklah kerja dia.
Lampu Solar...seluruh tapak camp di terangi lampu solar. alhamdulillah. tak lah gelap mana.
Jalan masuk...berkongsi dengan Tiger Base Camp dan Logok Campsite. TBC abang sulong, Logok abang ngah dan SSF si bongsu. Sembang dengan pak cik yang siapkan sinki..."ni kalau campsitenya di teruskan lagi sampai belah sana...lagi cantik cikgu viewnya, Pokok pun banyak.
Camping gear, rasanya banyak camping gear yang telah ada. Next...sedang aim rak dapur atau meja dapur dan cool box. Camping kali ni Pia asyik minta air sejuk dari cool box Ruzaidah aje.
Kesimpulannya.
Saya bawa kamera. saya bawa tripod. hajat nak merakam video kenangan kali pertama berkhemah. Camping bukan solo, camping bersama rakan. banyak aktiviti bersama. kedua-dua hari tak sempat ambik gambar sunrise.
Ini bukan terakhir, akan camping lagi dan lagi dan perlu study ramalan cuaca dan keadaan laut.

Album Kenangan

Post a Comment

0 Comments