Ad Code

Responsive Advertisement

Pokok Kemuning (Orange Jessamine)

 



Pokok yang menghasilkan bunga yang sangat harum pada musim bunganya dikenali juga dengan nama Orange Jessamine. Jika bunganya ditandang oleh banyak lebah, InsyaAllah akan menghasilkan buah apabila ranum dari berwarna hijau bertukar ke warna oren menjadi kegemaran si Burung. Sungguh pemurah Si Pokok Orange Jessamine memberikan makan ketika berbunga kepada sang lebah, dan buahnya pula menjadi sumber makanan untuk Si Burung. Baunya pula sangat harum dan pokoknya kian terkenal digunakan dalam landscape sebagai pokok pagar (hedge/shrub) memberikan privacy kepada penghuni. Keharumannya adalah bonus. Bunga yang akan menghasilkan buah berwarna oren tersebut rupabentuknya juga menawan seperti gambar di bawah.

 

Dalam bahasa Melayu dipanggil 'Kemuning' dan kadangkala digelar Bunga Sedap Malam. Cuma Bunga Sedap Malam kadangkala menjadi kekeliruan kerana terdapat pokok bunga harum pada waktu malam yang lain juga dipanggil nama yang sama. Pokok bunga Kemuning sangat bahagia menerima cahaya matahari yang banyak.

 

Untuk mereka yang kreatif dan penyabar boleh buat bonsai pokok ini. Kalau yang takut ada makhluk yang menyorok di bawah pokoknya mencari perlindungan bolehlah trim pokoknya seperti gambar di bawah, kasi lapang dan terdedah di bahagian bawah pokok. Pokok Orange Jessamine juga sesuai untuk dijadikan pokok menumpang tumbuhan lain. Sebagai Contoh, pokok pigeon orkid yang sedang kembang menjadi penumpang di pokok Orange Jessamine di gambar bawah. Pokok Orange Jessamine adalah pokok yang Animal-Friendly dan Plant Friendly untuk tumbuhan yang menumpang.


Post a Comment

0 Comments