Ad Code

Responsive Advertisement

Catatan Haji 1445H Hari Ke-17

Catatan Haji 1445H Hari Ke-17

Sambut Hari Lahir Di Tanah Suci

4 Zulhijjah 1445H bersamaan 10 Jun 2024

10 Jun 2024
Malam tadi dapat mesej, dapat gambar dan dapat video dari suami tercinta dan anak tersayang. Celebrate birthday ibunya di secret recepies. Ibu sangat terharu dan sebak. Sangat menghargainya.


Awal pagi 10 Jun 2024
Berjalan kaki menuju ke masjid.
6.33 pagi sampai ke pintu depan masjidilharam. Pintu 73 King Abdul Aziz. Menuju terus ke mataf. Orang sentiasa ramai. Meneruskan langkah kaki menuju ke sisi penjuru Hajar Aswad dan pintu kiri kaabah = tempat multazam terletak. Solat tanpa kerusi. 

* sujud syukur sbb menang niat nak solat di depan kaabah pada 10 Jun - hari lahir sendiri. Akhirnya dengan izin Allah, hajat itu tertunai. Allahuakbar! Syukur Alhamdulillah. Sebak sangat dan menangis.

* solat tahiyatul masjid
* solat dhuha
* solat hajat
* berdoa untuk diri sendiri, suami dan anak.
* berdoa untuk adik beradik
* berdoa untuk saudara mara
* berdoa untuk sahabat yang kirim doa dan sahabat yg banyak membantu semasa tiada di sekolah ketika ini.
* berdoa untuk murid-murid 5 Al Jazzar utk SPM mereka.


Hajat hati nak tunggu sampai masuk Zohor. Tapi suhu semakin meningkat panasnya. Mengambil pengajaran dari pengalaman 2 hari lepas, maka membuat keputusan untuk bergerak jalan kaki balik ke hotel sebelum matahari tepat atas kepala. Sempat singgah 2-3 farmasi meninjau harga wet tissue. Rata-rata harga satu SR29.90. Pergh… tak jadi beli. Dalam beg ada 2 wet tissue, tapi wet tissue tu mesra wudu’. Khas untuk di masyair nanti. Ni nak beli wet tissue sbb tempat duduk di lantai bilik di tepi katil saya adalah tempat yang sama berkumpul waktu makan. Selalu renjis air dan lap tgn tissue yg dibrkalkan bersama sudu garfu.




9.15 pagi sampai di lobi hotel Rawdat Al Shrouk.
Redakan kepanasan di sofa di lobi. Aircond kuat dan nyaman di pintu masuk hotel itu. Bilik tak beraircond sebab ada kakak yang tak suka aircond.

Alhamdulillah misi nak solat di hadapan kaabah dimakbulkan Allah swt. Aamiin.

Buka puasa macam biasa. Rakan bilik tak tahu hari ini hari lahir. 

Ucapan hari lahir bertalu-talu dari seluruh warga SMKDSE dimulakan dengan ucapan hari lahir personal dari tuan pengetua yg juga merupakan sahabat lama saya berpengakap.
Juga dari sahabat handai yg mesej personal. Ramai tak tahu saya sedang tunai ibadah haji. Sebab saya memang tak ada langsung pos berita atau gambar di mekah di facebook mahupun instagram. 

Ada post 3 video di tiktok

Video Pertama
Video perjalanan secara jalan kaki dari hotel Rawdat Al Shrouk menuju ke Masjidil Haram. Niat perkongsian - menjadi guide pada rakan2 yg berada di mekah atau anak-anak para jemaah yg ayah ibunya duduk di hotel @ maktab 81 yang saya duduki sekarang.

Video ke-2
Video semasa lawatan ke Tanaim. Perkongsian pentingnya selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Dalam video itu juga dikongsikan pemandangan kota Mekah terkini.

Video ke-3
Video rakaman azan di kaabah. Azan zohor yang berkumandang yang berjata dirakam penuh. Syukur Alhamdulillah.

Banyak lagi video yang ingin disimpan untuk galeri kenangan kelak. Tunggu balik ke Malaysia nanti.

Post a Comment

0 Comments